VISI SEKOLAH

KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN AKHLAK

MISI SEKOLAH

1. Peningkatan prestasi akademik serta pembentukan peribadi yang mulia.
2. Mewujudkan perasaan kekitaan,tanggung jawab dan penyayang di kalangan para guru, ibu bapa dan pelajar.
3. Menyediakan suasana persekolahan yang cekap,kemas,mesra dan selamat.

********** BERITA TERKINI **********



********** BERITA TERKINI **********





Friday, April 24, 2009

Kem Solat Bestari Ke 2





Kem Solat Bestari Ke 2 akan diadakan pada
Tarikh : 25 April 2009
Masa : 8.00 pagi - 1.30 tgh
Tempat : SKTB
Guru Yang Terlibat :-
1. Pn.Suziana bt. Muhammad
2. Cik.Nur Najwa bt. Zakaria
3. Pn.Nor Asita bt. Mat Zain
4. Pn.Ira Rosmaini bt. Ramli

Aktiviti :-
Tahun 1
Ldk 1 : Anggota, niat dan cara berwuduk
Ldk 2 : Amali Berwuduk
Ldk 3 : Niat Solat
Ldk 4 : Bacaan Pendek dalam solat
Ldk 5 : Perlakuan Solat
Ldk 5 : Amali solat

Tahun 2
Ldk 1 : Anggota, niat dan cara berwuduk
Ldk 2 : Doa iftitah dan surah al-fatihah
Ldk 3 : Bacaan duduk antara tahyat awal
Ldk 4 : Bacaan surah pendek
Ldk 5 : Amali wuduk
Ldk 5 : Amali solat

Tahun 3
Ldk 1 : Lafaz dan niat solat berjemaah serta cara pelaksanaan
Ldk 2 : Bacaan tahyat awal dan akhir
Ldk 3 : Bacaan surah (Al-Masad, Al-Nasr, Al-Kauthar)
Ldk 4 : Bacaan dalam solat
Ldk 5 : Perkara yang membatalkan solat
Ldk 5 : Amali solat
TAHNIAH KEPADA SEMUA USTAZAH DAN SEMUA MURID YANG BERJAYA DALAM MELAKSANAKAN
KEM BESTARI SOLAT KE 2.

Terima Kasih Dan Jumpa Jagi




Warga sekolah SKTB mengucapkan tahniah kepada Cik Nurul Nadia dan Cik Nursyarina kerana telah berjaya menjalani latihan pengajaran di sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas sumbangan kepada sekolah sepanjang mereka menjalani latihan di sekolah ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah IPG Persekutuan dan guru pembimbing (En. Mahadir) Kepada mereka berdua jika berkelapangan silalah berkunjung ke sekolah ini.

Monday, April 20, 2009

Sukan Tahunan Ke 36







Tahniah kepada semua guru, staf dan murid-murid SKTB kerana berjaya melaksanakan sukan 2009. Ucapan terima kasih kepada ibu bapa, AJK PIBG, Pengakap dan Pasukan Bukan Sabit SMK Tanjung Bunga yang sama-sama membantu serta menjayakan sukan 2009. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan sukan pada kali ini. Tahniah kepada peserta yang berjaya. Tahniah olahragawan dan Olahragawati 2009 dan rumah Kuning yang telah menjadi Johan keseluruhan.
Keputusan Rasmi
1/ Sukantara
Rumah Kuning : 60 Mata
Rumah Hijau : 50 Mata
Rumah Merah : 50 Mata
Rumah Biru : 46 Mata
2/ Sukan Tahunan Ke 36
Rumah Kuning : 120 Mata
Rumah Hijau : 106 Mata
Rumah Merah : 104 Mata
Rumah Biru : 70 Mata
3/ Olahragawan : Mohd Syafiq Yusri (Rumah Merah) Emas : 100M dan 200M
4/ Olahragawati : Nurliana Izzatie Bt Atan (Rumah Hijau) Emas : L. Jauh dan 200M

Friday, April 17, 2009

Sukantara Ke 36







Tahniah kepada semua guru dan murid yang telah berjaya melaksanakan Sukantara Ke 36.
Markah Selepas sukantara 13 April 2009
Rumah Kuning :
Rumah Hijau :
Rumah Merah :
Runah Biru :

Saturday, April 11, 2009

Mesyuarat Agung PBTM Cawangan Daerah Timur Laut Pulau Pinang.

Selamat datang kepada semua ahli PBTM ke Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Daerah Timur Laut 2009. Perasmian dilakukan oleh YDP En. Rosli bin Haji Zainol.

Tarikh : 12 APRIL 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Kantin, SK Tg. Bunga.

Warga SKTB mengucapkan selamat bermesyuarat.

Minggu Sukan 2009

Sekolah kita akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Ke 36.
Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tgh
Tempat : Padang Sekolah


Minggu persiapan terakhir untuk memastikan sukan sekolah kita berjalan dengan licin dan lancar minggu 13 - 17 April 2009 akan menjalankan pelbagai aktiviti atau acara sukan akan dilaksanakan. Kepada murid dan guru mestilah memakai pakaian yang sesuai. Aktiviti;-
13 April 09 jam 8.15 pg - 10.15 pg : Latihan Perbarisan
14 April 09 jam 8.00 pg - 10.15 pg : Sukantara (100M/Lompat jauh)
15 April 09 jam 8.00 pg - 10.15 pg : Raptai Penuh Sukan
16 April 09 jam 8.00 pg - 10.15 pg : Acara Selesai (200M/Melontar Peluru)
17 April 09 jam 3.00 ptg - 6.00 ptg : Persiapan Terakhir Padang
18 April 09 jam 8.00 pg - 12.30 tgh : Sukan Tahunan Ke 36

Tahniah Pasukan "Choral Speaking"

Warga sekolah mengucapkan tahniah kepada Pasukan "Choral Speaking" kerana berjaya ditempat ke tiga dalam pertandingan Karnival Kokurikulum Kelompok R3 yang di adakan di SK Tanjung Tokong. Semoga mengambil iktibar dan belajar daripada

Wednesday, April 8, 2009

Tahniah dan Terima Kasih Karnival Kokurikulum Akademik R3





Warga SKTB mengucapkan tahniah kepada pemenang sekolah-sekolah yang telah mengambil bahagian dalam acara Pidato Tahap2, bercerita Tahap 1, bercerita Tahap 2 dan Bahasa Bermadah di Karnival Kokurikulum Akademik Kelompok R3. Terima kasih Kepada semua AJK yang telah berkerja keras untuk menjayakan karnival ini. Tidak lupa juga kepada semua GB, Hakim, Guru Pengiring, ibu bapa dan murid-murid yang mengambil bahagian dan murid SKTB yang hadir memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang bertanding.

Monday, April 6, 2009

KARNIVAL KOKO AKADEMIK KELOMPOK R3

Sekolah Keb. Tanjung Bunga menjadi tuan rumah Pertandingan Bahasa Peringkat Kelompok R3. Warga sekolah mengucapkan selamat datang kepada peserta dan guru-guru sekolah kelompok R3 dan selamat bertanding. Pertandingan bermula jam 2.15 petang. Majlis Penyampian hadiah akan di sempurnakan oleh YDP PIBG, SK Tanjung Bunga (En. Abdul Wahab bin Tahir PKT, PJK)

Friday, April 3, 2009

MESYUARAT SUKAN TAHUNAN KE 36.

Mesyuarat Sukan Tahunan SKTB Ke 36 akan di adakan seperti butiran di bawah :
Tarikh : 6 April 2009 (Isnin)
Masa : 1.40 tgh
Tempat : Bilik Komputer

Semua guru dan staf sokongan di wajibkan hadir.

Wednesday, April 1, 2009

Tahniah Pasukan Bola Baling (Lelaki)

Warga sekolah mengucapkan tahniah kepada Pasukan Baola Baling (Lelaki)dan Guru Penasihat kerana berjaya tempat ke 3 dalam pertandingan Peringkat Zon Kelawai yang telah diadakan di SK Perempuan Islands.