VISI SEKOLAH

KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN AKHLAK

MISI SEKOLAH

1. Peningkatan prestasi akademik serta pembentukan peribadi yang mulia.
2. Mewujudkan perasaan kekitaan,tanggung jawab dan penyayang di kalangan para guru, ibu bapa dan pelajar.
3. Menyediakan suasana persekolahan yang cekap,kemas,mesra dan selamat.

********** BERITA TERKINI **********



********** BERITA TERKINI **********





Tuesday, March 31, 2009

Tahniah Pasukan Robotik






Sekolah telah menghadiri Kem Robotik Peringkat Negeri di Pendang Resort pada 23 - 26 Mac 2009. Pasukan sekolah telah berjaya dalam pertandingan di Peringkat Kem tersebut. Warga sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dan guru penasihat.

Monday, March 30, 2009

Perlawanan Bola Baling Peringkat Zon Kelawai

Pasukan sekolah kita akan menyertai Pertandingan Bola Baling Peringakt Zon Kelawai 2009. Pasukan Lelaki dan Pasukan Perempuan (Bawah 12tkb) akan mengambil bahagian yang akan dijalankan di Padang SK Perempuan Islands pada 30 Mac 2009 mulai jam 3.30 petang. Kepada pasukan SKTB Selamat Bertandingan. Kepada ibu-bapa dan guru-guru yang berkelapangan silalah ke Padang SK Perempuan Island untuk memberi sokongan moral kepada anak murid kita.

Permohonan Pertukaran Antara Negeri Online

Kepada semua warga guru yang ingin memohon Pertukaran Antara Negeri Secara Online pada bulan JUN 2009 sila layari www.moe.gov.my click pertukaran online. Line akan dibuka mulai 1 April dan tamat pada 30 April 2009. Guru hendaklah mencetak dan hantarkan kepada GB untuk dibuat pengesahan. Sebarang masalah sila berjumpa dengan GB.

Tuesday, March 24, 2009

Perlantikan Pengawas 2009







Warga SKTB mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah menerima watikah perlantikan pengawas 2009. Semoga dengan perlantikan ini akan menambahkan iktizam dan semangat para murid dalam menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah. Kepada semua murid pula arahan pengawas adalah arahan daripada Guru Besar atau guru-guru sekolah. Wajib di patuhi. Hasrat sekolah adalah supaya sekolah ini akan menjadi sebuah sekolah yang tinggi disiplin pelajarnya, kerana disiplinlah akan yang membentuk peribad

Thursday, March 19, 2009

Permohonan Kursus LDP Anjuran Institut

Pekeliling diedarkan di Pejabat Sekolah.
Kepada semua guru. Sila baca pekeliling dan isikan borang yang disediakan untuk memohon kursus-kursus jangka pendek yang dianjurkan oelh Institut Perguruasan Tuanku Bainun dan Institit Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Borang yang telah dilengkapkan hendahlah sampai ke Pejabat pada 26 Mac 2009.

Friday, March 13, 2009

Klinik Pergigian Ke Sekolah



Klinik Pergigian Pulau Pinang telah melaksanakan pemeriksaan gigi ke SKTB. Terima kasih pegawai-pegawai Klinik Pergigian Pulau Pinang dan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Ada murid yang menanggis dan ada pula yang seronok kerana gigi mereka diperiksa. Selain daripada rawatan pergigian pegawai-pegawai juga mengajar anak-anak kita cara memberus gigi dengan betul.... seronok... jadi murid.

Maulidul Rasul 2009






Warga Sekolah SKTB telah melaksanakan Sambutan Maulidul Rasul pada 13 Mac 2009 di Dewan Sekolah mulai jam 8.15 pagi yang dianjuran oleh Panitia Agama Islam. Aturcara sambutan dimulai dengan bacaan Surah Yassin yang di pimpin oleh Ustaz Azuari bin Abdul Rahman kemudian selawat keatas Rasululah s.a.w. secara beramai-ramai. Selepas itu satu Tazkirah Oleh Ustaz Kamal Azmi dari PPD(TL). Warga Sekolah mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ustaz yang telah menjayakan majlis tersebut. Tahniah kepada murid-murid SKTB.

"Learning is Fun Show"



Murid berinterasi dengan JOKER
Persembahan Joker
Sekolah telah mengadakan Program "Learning is Fun Show" dengan kerjasama Funchooise Enterprise pada 10 Mac 2009 di Dewan Sekolah. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih Funchooise Enterprise yang telah sudi berkerjasama dengan sekolah.

Saturday, March 7, 2009

Mesyuarat Agung PIBG Ke36





Pertama sekali warga SKTB mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG Ke35 (2008-2009) yang telah melaksanakan mesyuarat Agung PIBG Ke36 dengan jayanya. Warga SKTB juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK PIBG Ke35 yang telah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan mencatatkan kejayaan. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada AJK Ke36 yang telah dilantik untuk melaksanakan tugas 2009-2010. Alhamdulilah kerana kebanyakkan AJK 2008-2009 telah dilantik semula untuk AJK 2009-2010 ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi oleh ibu bapa dan guru-guru sekolah ini kepada rakan-rakan untuk meneruskan agenda yang belum selesai. Saya selaku penasihat (GB-SKTB) mengucapkan tahniah semoga AJK yang diterajui oleh En. Abdul Wahab bin Tahir (YDP PIBG 2009-2010) semoga akan dapat membantu sekolah untuk mencapai Misi dan Visi sekolah ini. Terima kasih kepada Ustaz Suhaizi bin Semail, Pegawai Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (Pegawai PROSA )yang telah sudi merasmikan Mesyuarat Agung Ke36.