VISI SEKOLAH

KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN AKHLAK

MISI SEKOLAH

1. Peningkatan prestasi akademik serta pembentukan peribadi yang mulia.
2. Mewujudkan perasaan kekitaan,tanggung jawab dan penyayang di kalangan para guru, ibu bapa dan pelajar.
3. Menyediakan suasana persekolahan yang cekap,kemas,mesra dan selamat.

********** BERITA TERKINI **********



********** BERITA TERKINI **********





Friday, November 20, 2009

Tahniah

Tahniah kepada pelajar-pelajar SKTB yang berjaya mendapat 5 A dalam UPSR 2009

Abu Farhan Bin Abu Kasim
Noor Shahira Binti Sharizal
Fazreelia Binti Abu Mohamed
Getzie Helena a/p K. Velupillai
Nur Nabila Binti Mohamad Jamain
Muhammad Hanif Bin Zuraimi
Nur Farzana Binti Musa

Tuesday, October 6, 2009

Mesyuarat Pengurusan Sekolah & Mesyuarat J/K Kurikulum Sekolah

Mesyuarat Pengurusan Sekolah & Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
Tarikh : 14/21 Oktober 2009
Hari : Rabu
Masa : 1.10 tgh

Agenda :
1. Ucapan Guru Besar
2. Ucapan Penolong Kanan 1- Perancangan 2010
3. Ucapan PK HEM
4. Ucapan PKKK
5. Laporan Ketua Panitia
6. Laporan Penyelaras Kelas Khas
7. Laporan Guru Pemulihan
8. Laporan Penyelaras PSS
9. Laporan Penyelaras Makmal Komputer
10.Hal-Hal Lain- Laporan Prestasi Tahunan

Tuesday, September 15, 2009

Program Ihya'Ramadhan
Tarikh : 17Sept.2009
Tempat : SKTB
Masa : 8.15 pagi - 10.15 pagi
Semua warga SKTB sila hadir
Wahdah Pemangkin Khaira Ummah

Monday, August 3, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP)

Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi- 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer

AGENDA :

1. PIPP & Perisytiharan Harta - GB
2. Pengurusan Peperiksaan - PK1
3. Pengurusan B.Darjah - PKHEM
4. Kokurikulum -PKKK

Minum Pagi

5. Pengurusan Stress - Penceramah Jemputan
6. Ceramah 'Silent Killer' - Penceramah Jemputan

Makan tengahari

Semua guru wajib hadir

Monday, June 29, 2009

Jemputan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009

Warga sekolah SKTB dengan sukacitanya menjemput Ibu Bapa untuk menghadiri Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 pada :

Tarikh : 4 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Sek. Pendidikan Khas Persekutuan, Jln. Lembah Permai, P. Pinang.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan menyuntik semangat anak-anak untuk mencapai kecemerlangan seterusnya.

Terima Kasih Semua Guru & Ibu Bapa

Pentadbiran Sek. Keb. Tanjung Bunga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru kerana telah berjaya melaksanakan Hari Waris Jaya. Tidak lupa juga kepada semua ibu bapa yang telah hadir berbincang, bertukar pandangan dan mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian anak-anak dalam peperiksaan pertengahan tahun 2009. Peratus kehadiran ibu bapa ialah 92% . Semoga dengan cara ini dapatlah kita bersama-sama dengan pihak sekolah membantu demi kejayaan anak-anak.

Friday, June 26, 2009

Hari Waris Jaya 2009

Warga Pendidik dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Tanjung Bunga dengan segala hormatnya menjemput semua Ibu Bapa atau Waris ke Hari Waris Jaya 2009 untuk membincangkan masalah akademik anak-anak dengan guru-guru dan seterus mengambil Rekod Kemajuan Bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 anak-anak masing.

Tarikh : 27 JUN 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari


Moga usaha ini dapat membantu pihak sekolah dan ibu bapa kenalpasti masalah anak-anak seterusnya dapat mengembeling usaha bagi meningkatkan prestasi anak-anak kita.

Guru Besar,
SKTB.

Monday, June 22, 2009

Selamat Datang Guru-Guru KPLI IPGMPPP

Guru-Guru dan Murid-Murid SKTB mengalu-alukan kedatangan Guru-Guru Pratikum KPLI dari IPGMPPP. Kehadiran akan memberi impak kepada diri dan sekolah ini. Selamat Maju Jaya.

Sunday, June 21, 2009

Mesyuarat Guru Ke 3

Mesyuarat Guru Kali Ke 3 akan diadakan pada :
Tarikh : 24 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 1.45 tgh
Tempat : Bilik Komputer SKTB

Semua guru diwajibkan hadir.

Friday, June 19, 2009

Mesyuarat AJK PIBG

Mesyuarat AJK PIBG Ke 3 akan didakan pada :
Tarikh : 24 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 5.00 petang
Tempat : Bilik Komputer, SKTB.
Agenda Mesyuarat:

Semua AJK dijemput hadir.

Thursday, June 4, 2009

Kerja-Kerja Membina 2 Blok Tambahan


Pandangan Dari Bolk B

Kerja-Kerja Meroboh Blok Kantin

Cadangan Kantin Sementara

Syukur kepada allah... Allamdulillah...kerana Sekolah kita telah mendapat 2 blok tambahan untuk memberi keselesaan dan kemudahan murid-murid sekolah ini. Terima kasih JKR,KPM,JPNPP dan PPDTL. Kerja-kerja mengubah kantin dan meroboh Bangunan Kantin dan Bilik Kemahiran Hidup sedang rancang dijalankan. Insyaallah kantin akan beropersi di bangunan sementara berhampiran dengan Makmal Komputer. Harapan GB supaya murid-murid, guru-guru dan ibubapa bersabar dengan kesulitan yang bakal dialami sepanjang tempoh siap bangunan baru yang akan didirikan nanti.

Kelas Tambahan Tahun 6 dan SBT


Pn. Kang Memberi Latihan Kepada Pelajar SBT

Cikgu Maimunah menerangkan konsep dalam Matematik

Murid sedang tekun mendengar penerangan guru

Murid Tahun 6 akan menghadapi UPSR pada bulan September ini. Untuk membantu para pelajar, guru-guru sekolah ini telah memberi khidmat bakti dengan menjalankan kelas tambahan bagi 4 mata pelajaran utama kepada pelajar mulai 1 - 5 Jun 2009 jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru terlibat. Terima kasih cikgu. Nasihat GB kepada para pelajar gunakanlah peluang dan ruang yang ada ini untuk membaiki prestasi anda. "HANYA DIRI ANDA YANG MAMPU MENGUBAHNYA"

Wednesday, May 27, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru Perungkat Sekolah akan diadakan pada :
Tarikh : 29 Mei 2009 (Jumaat)
Aturcara Majlis
7.45 pg - Perhimpunan
8.15 pg - Permainan Bola Jaring Guru Vs Murid
Sukaneka Guru dan Murid
10.15 pg - Rehat
10.45 pg - Persembahan Murid

Selamat Menyambut Hari Guru bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa"

Tuesday, May 19, 2009

Kursus LDP Ke 3

http://s720.photobucket.com/albums/ww203/sktgbunga/

Tuesday, May 12, 2009

Pengurusan Data Emis Ambilan 1


Kursus Pemantapan Pengurusan Data Emis Ambilan 1
Anjuran JPN Pulau Pinang

Tempat : Faez Hotel Managment, Pulau Pangkor
Tempoh : 11 hingga 13 May 2009

Telah dihadiri oleh Cikgu Sathis Kumar.

Sunday, May 10, 2009

PERKEMBANGAN STAF KE 3 (LDP)

Perkembangan Profesional Staf untuk guru-guru SKTB akan diadakan pada ;
Tarikh : 16 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Komputer.
Pengisian :
1) Pengenalan EDUWEB
2) Pengoperasian Scan
3) Penyediaan Powerpoint Untuk P&P

Semua guru diwajibkan hadir.
Kerjasama sangat dihargai.

Thursday, May 7, 2009

Tahniah Pn. Kang & Pn. Asiah

Warga SKTB mengucapkan tahniah kepada Pn. Kang Bee Sim dan Pn. Asiah Aboo Bakar yang telah di Anugerahkan Khidmat Cemerlang (APC) Bagi Tahun 2008. Semoga anugerah ini akan menjadi pemangkin dalam mempertabatkan Profesionalisme Perguruaan.

Tuesday, May 5, 2009

LDP 2 2009

Tarikh : 7 Mei 2009
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Makmal Komputer
Tajuk : Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) & Kurikulum Standard Sekolah(KSSR)

Sekian, terima kasih.
PK1

PKSR 1 2009

Semua guru diminta menyebarkan maklumat PKSR 1 2009.
Maklumkan tajuk-tajuk kemahiran yang akan diuji kepada murid-murid.
Tarikh : 18 hingga 21 Mei 2009
Tarikh Hantar Kertas Soalan : 4 Mei 2009
Tarikh markah diisi dalam sistem : 29 Mei 2009
Jadual Peperiksaan
TAHUN 1 & 2
19 Mei 2009 (Selasa)
Bahasa Melayu(Pemahaman): 8.00- 8.50 pg
Bahasa Melayu(Penulisan): 9.00-10.00pg
Pendidikan Islam/Moral : 10.45 – 11.45pg
20 Mei 2009 (Rabu)
Matematik : 8.00 – 9.00pg
Bahasa Inggeris : 10.45 – 11.45pg
21 Mei 2009 (Khamis)
Sains : 8.00 – 9.00 pg
Bahasa Arab : 9.10- 10.10pg
Pendidikan Seni : 10.45 – 12.15tgh
TAHUN 3
19 Mei 2009 (Selasa)
Bahasa Melayu(Penulisan) : 8.00-9.15pg
Bahasa Melayu(Pemahaman) : 10.40-11.30pg
Pendidikan Islam/Moral : 12.00-1.00tgh
20 Mei 2009(Rabu)
Matematik(Kertas 2) : 8.00-8.40pg
Matematik(Kertas 1) : 9.00-10.00pg
Bahasa Inggeris(Kertas 1) : 10.45-11.35pg
Bahasa Inggeris(Kertas 2) : 11.50-1.05tgh
21 Mei 2009(Khamis)
Sains : 8.00-9.00pg
Bahasa Arab : 9.10- 10.10pg
Pendidikan Seni Visual : 10.45-12.15tgh
TAHUN 4,5,6
18 Mei 2009(Isnin)
Kemahiran Hidup : 8.30- 9.30pg
Bahasa Arab : 10.45-11.45pg
Pendidikan Seni Visual : 12.00-1.30tgh
19 Mei 2009 (Selasa)
Bahasa Melayu(Pemahaman) : 8.00-8.50pg
Bahasa Melayu(Penulisan) : 10.45-12.00tgh
20 Mei 2009 (Rabu)
Matematik(Kertas 2) : 8.00-8.40pg
Pendidikan Islam/Moral : 9.00- 10.00pg
Matematik(Kertas 1) : 10.45-11.45pg
21 Mei 2009(Khamis)
Sains : 8.00-9.15pg
Bahasa Inggeris (Kertas 1) : 10.45-11.35pg
Bahasa Inggeris (Kertas 2) : 11.50- 12.50tgh

MAKLUMAN : Sepanjang PKSR 1, semua Kegiatan Kokurikulum dan Kelas Tambahan Tahun 6 dibatalkan.

Diminta semua guru menepati tarikh yang telah ditetapkan.
Terima kasih
PK1

Sunday, May 3, 2009

Kursus Kepimpinan Instruksional

Pada 27 hingga 30 April 2009 GB telah menghadiri Kursus Kepimpinan Instruksional yang dianjurkan Oleh Unit Kurikulum, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Antara intisari kursus yang disampaikan :
1) Konsep Kepimpinan Instruksional
2) Perancangan Strategik Dalam Organisasi
3) Pengurusan Kurikulum
4) Pengurusan Mesyuarat
5) Pengajaran & Pembelajaran Berkesan
6) Pemantauan & Penyeliaan
7) Sistem Pentaksiran & Penilaian
8) Headcount

Marilah kita sama-sama memperkasakan SKTB.

Friday, April 24, 2009

Kem Solat Bestari Ke 2





Kem Solat Bestari Ke 2 akan diadakan pada
Tarikh : 25 April 2009
Masa : 8.00 pagi - 1.30 tgh
Tempat : SKTB
Guru Yang Terlibat :-
1. Pn.Suziana bt. Muhammad
2. Cik.Nur Najwa bt. Zakaria
3. Pn.Nor Asita bt. Mat Zain
4. Pn.Ira Rosmaini bt. Ramli

Aktiviti :-
Tahun 1
Ldk 1 : Anggota, niat dan cara berwuduk
Ldk 2 : Amali Berwuduk
Ldk 3 : Niat Solat
Ldk 4 : Bacaan Pendek dalam solat
Ldk 5 : Perlakuan Solat
Ldk 5 : Amali solat

Tahun 2
Ldk 1 : Anggota, niat dan cara berwuduk
Ldk 2 : Doa iftitah dan surah al-fatihah
Ldk 3 : Bacaan duduk antara tahyat awal
Ldk 4 : Bacaan surah pendek
Ldk 5 : Amali wuduk
Ldk 5 : Amali solat

Tahun 3
Ldk 1 : Lafaz dan niat solat berjemaah serta cara pelaksanaan
Ldk 2 : Bacaan tahyat awal dan akhir
Ldk 3 : Bacaan surah (Al-Masad, Al-Nasr, Al-Kauthar)
Ldk 4 : Bacaan dalam solat
Ldk 5 : Perkara yang membatalkan solat
Ldk 5 : Amali solat
TAHNIAH KEPADA SEMUA USTAZAH DAN SEMUA MURID YANG BERJAYA DALAM MELAKSANAKAN
KEM BESTARI SOLAT KE 2.

Terima Kasih Dan Jumpa Jagi




Warga sekolah SKTB mengucapkan tahniah kepada Cik Nurul Nadia dan Cik Nursyarina kerana telah berjaya menjalani latihan pengajaran di sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas sumbangan kepada sekolah sepanjang mereka menjalani latihan di sekolah ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah IPG Persekutuan dan guru pembimbing (En. Mahadir) Kepada mereka berdua jika berkelapangan silalah berkunjung ke sekolah ini.

Monday, April 20, 2009

Sukan Tahunan Ke 36







Tahniah kepada semua guru, staf dan murid-murid SKTB kerana berjaya melaksanakan sukan 2009. Ucapan terima kasih kepada ibu bapa, AJK PIBG, Pengakap dan Pasukan Bukan Sabit SMK Tanjung Bunga yang sama-sama membantu serta menjayakan sukan 2009. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan sukan pada kali ini. Tahniah kepada peserta yang berjaya. Tahniah olahragawan dan Olahragawati 2009 dan rumah Kuning yang telah menjadi Johan keseluruhan.
Keputusan Rasmi
1/ Sukantara
Rumah Kuning : 60 Mata
Rumah Hijau : 50 Mata
Rumah Merah : 50 Mata
Rumah Biru : 46 Mata
2/ Sukan Tahunan Ke 36
Rumah Kuning : 120 Mata
Rumah Hijau : 106 Mata
Rumah Merah : 104 Mata
Rumah Biru : 70 Mata
3/ Olahragawan : Mohd Syafiq Yusri (Rumah Merah) Emas : 100M dan 200M
4/ Olahragawati : Nurliana Izzatie Bt Atan (Rumah Hijau) Emas : L. Jauh dan 200M

Friday, April 17, 2009

Sukantara Ke 36







Tahniah kepada semua guru dan murid yang telah berjaya melaksanakan Sukantara Ke 36.
Markah Selepas sukantara 13 April 2009
Rumah Kuning :
Rumah Hijau :
Rumah Merah :
Runah Biru :

Saturday, April 11, 2009

Mesyuarat Agung PBTM Cawangan Daerah Timur Laut Pulau Pinang.

Selamat datang kepada semua ahli PBTM ke Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Daerah Timur Laut 2009. Perasmian dilakukan oleh YDP En. Rosli bin Haji Zainol.

Tarikh : 12 APRIL 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Kantin, SK Tg. Bunga.

Warga SKTB mengucapkan selamat bermesyuarat.

Minggu Sukan 2009

Sekolah kita akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Ke 36.
Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tgh
Tempat : Padang Sekolah


Minggu persiapan terakhir untuk memastikan sukan sekolah kita berjalan dengan licin dan lancar minggu 13 - 17 April 2009 akan menjalankan pelbagai aktiviti atau acara sukan akan dilaksanakan. Kepada murid dan guru mestilah memakai pakaian yang sesuai. Aktiviti;-
13 April 09 jam 8.15 pg - 10.15 pg : Latihan Perbarisan
14 April 09 jam 8.00 pg - 10.15 pg : Sukantara (100M/Lompat jauh)
15 April 09 jam 8.00 pg - 10.15 pg : Raptai Penuh Sukan
16 April 09 jam 8.00 pg - 10.15 pg : Acara Selesai (200M/Melontar Peluru)
17 April 09 jam 3.00 ptg - 6.00 ptg : Persiapan Terakhir Padang
18 April 09 jam 8.00 pg - 12.30 tgh : Sukan Tahunan Ke 36

Tahniah Pasukan "Choral Speaking"

Warga sekolah mengucapkan tahniah kepada Pasukan "Choral Speaking" kerana berjaya ditempat ke tiga dalam pertandingan Karnival Kokurikulum Kelompok R3 yang di adakan di SK Tanjung Tokong. Semoga mengambil iktibar dan belajar daripada

Wednesday, April 8, 2009

Tahniah dan Terima Kasih Karnival Kokurikulum Akademik R3





Warga SKTB mengucapkan tahniah kepada pemenang sekolah-sekolah yang telah mengambil bahagian dalam acara Pidato Tahap2, bercerita Tahap 1, bercerita Tahap 2 dan Bahasa Bermadah di Karnival Kokurikulum Akademik Kelompok R3. Terima kasih Kepada semua AJK yang telah berkerja keras untuk menjayakan karnival ini. Tidak lupa juga kepada semua GB, Hakim, Guru Pengiring, ibu bapa dan murid-murid yang mengambil bahagian dan murid SKTB yang hadir memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang bertanding.

Monday, April 6, 2009

KARNIVAL KOKO AKADEMIK KELOMPOK R3

Sekolah Keb. Tanjung Bunga menjadi tuan rumah Pertandingan Bahasa Peringkat Kelompok R3. Warga sekolah mengucapkan selamat datang kepada peserta dan guru-guru sekolah kelompok R3 dan selamat bertanding. Pertandingan bermula jam 2.15 petang. Majlis Penyampian hadiah akan di sempurnakan oleh YDP PIBG, SK Tanjung Bunga (En. Abdul Wahab bin Tahir PKT, PJK)

Friday, April 3, 2009

MESYUARAT SUKAN TAHUNAN KE 36.

Mesyuarat Sukan Tahunan SKTB Ke 36 akan di adakan seperti butiran di bawah :
Tarikh : 6 April 2009 (Isnin)
Masa : 1.40 tgh
Tempat : Bilik Komputer

Semua guru dan staf sokongan di wajibkan hadir.

Wednesday, April 1, 2009

Tahniah Pasukan Bola Baling (Lelaki)

Warga sekolah mengucapkan tahniah kepada Pasukan Baola Baling (Lelaki)dan Guru Penasihat kerana berjaya tempat ke 3 dalam pertandingan Peringkat Zon Kelawai yang telah diadakan di SK Perempuan Islands.

Tuesday, March 31, 2009

Tahniah Pasukan Robotik






Sekolah telah menghadiri Kem Robotik Peringkat Negeri di Pendang Resort pada 23 - 26 Mac 2009. Pasukan sekolah telah berjaya dalam pertandingan di Peringkat Kem tersebut. Warga sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dan guru penasihat.

Monday, March 30, 2009

Perlawanan Bola Baling Peringkat Zon Kelawai

Pasukan sekolah kita akan menyertai Pertandingan Bola Baling Peringakt Zon Kelawai 2009. Pasukan Lelaki dan Pasukan Perempuan (Bawah 12tkb) akan mengambil bahagian yang akan dijalankan di Padang SK Perempuan Islands pada 30 Mac 2009 mulai jam 3.30 petang. Kepada pasukan SKTB Selamat Bertandingan. Kepada ibu-bapa dan guru-guru yang berkelapangan silalah ke Padang SK Perempuan Island untuk memberi sokongan moral kepada anak murid kita.

Permohonan Pertukaran Antara Negeri Online

Kepada semua warga guru yang ingin memohon Pertukaran Antara Negeri Secara Online pada bulan JUN 2009 sila layari www.moe.gov.my click pertukaran online. Line akan dibuka mulai 1 April dan tamat pada 30 April 2009. Guru hendaklah mencetak dan hantarkan kepada GB untuk dibuat pengesahan. Sebarang masalah sila berjumpa dengan GB.

Tuesday, March 24, 2009

Perlantikan Pengawas 2009







Warga SKTB mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah menerima watikah perlantikan pengawas 2009. Semoga dengan perlantikan ini akan menambahkan iktizam dan semangat para murid dalam menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah. Kepada semua murid pula arahan pengawas adalah arahan daripada Guru Besar atau guru-guru sekolah. Wajib di patuhi. Hasrat sekolah adalah supaya sekolah ini akan menjadi sebuah sekolah yang tinggi disiplin pelajarnya, kerana disiplinlah akan yang membentuk peribad

Thursday, March 19, 2009

Permohonan Kursus LDP Anjuran Institut

Pekeliling diedarkan di Pejabat Sekolah.
Kepada semua guru. Sila baca pekeliling dan isikan borang yang disediakan untuk memohon kursus-kursus jangka pendek yang dianjurkan oelh Institut Perguruasan Tuanku Bainun dan Institit Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Borang yang telah dilengkapkan hendahlah sampai ke Pejabat pada 26 Mac 2009.

Friday, March 13, 2009

Klinik Pergigian Ke Sekolah



Klinik Pergigian Pulau Pinang telah melaksanakan pemeriksaan gigi ke SKTB. Terima kasih pegawai-pegawai Klinik Pergigian Pulau Pinang dan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Ada murid yang menanggis dan ada pula yang seronok kerana gigi mereka diperiksa. Selain daripada rawatan pergigian pegawai-pegawai juga mengajar anak-anak kita cara memberus gigi dengan betul.... seronok... jadi murid.

Maulidul Rasul 2009






Warga Sekolah SKTB telah melaksanakan Sambutan Maulidul Rasul pada 13 Mac 2009 di Dewan Sekolah mulai jam 8.15 pagi yang dianjuran oleh Panitia Agama Islam. Aturcara sambutan dimulai dengan bacaan Surah Yassin yang di pimpin oleh Ustaz Azuari bin Abdul Rahman kemudian selawat keatas Rasululah s.a.w. secara beramai-ramai. Selepas itu satu Tazkirah Oleh Ustaz Kamal Azmi dari PPD(TL). Warga Sekolah mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ustaz yang telah menjayakan majlis tersebut. Tahniah kepada murid-murid SKTB.

"Learning is Fun Show"



Murid berinterasi dengan JOKER
Persembahan Joker
Sekolah telah mengadakan Program "Learning is Fun Show" dengan kerjasama Funchooise Enterprise pada 10 Mac 2009 di Dewan Sekolah. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih Funchooise Enterprise yang telah sudi berkerjasama dengan sekolah.

Saturday, March 7, 2009

Mesyuarat Agung PIBG Ke36





Pertama sekali warga SKTB mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG Ke35 (2008-2009) yang telah melaksanakan mesyuarat Agung PIBG Ke36 dengan jayanya. Warga SKTB juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK PIBG Ke35 yang telah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan mencatatkan kejayaan. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada AJK Ke36 yang telah dilantik untuk melaksanakan tugas 2009-2010. Alhamdulilah kerana kebanyakkan AJK 2008-2009 telah dilantik semula untuk AJK 2009-2010 ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi oleh ibu bapa dan guru-guru sekolah ini kepada rakan-rakan untuk meneruskan agenda yang belum selesai. Saya selaku penasihat (GB-SKTB) mengucapkan tahniah semoga AJK yang diterajui oleh En. Abdul Wahab bin Tahir (YDP PIBG 2009-2010) semoga akan dapat membantu sekolah untuk mencapai Misi dan Visi sekolah ini. Terima kasih kepada Ustaz Suhaizi bin Semail, Pegawai Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (Pegawai PROSA )yang telah sudi merasmikan Mesyuarat Agung Ke36.